Followers

April 27, 2017

Pikat Suami Anda

Assalamualaikum...

Disclaimer: Tips dibawah hasil copy & paste tak ingat cedok di mana. muga bermanfaat  dan sedekahkan al-fatihah kepada Ustaz Mohd Hanafiah muga Allah beri kesembuhan pada beliau dari derita kanser yang di hidapinya.


Tanyalah Ustaz siaran tv9 pada 18.03.2013 - Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek


Bacaan surah Al-Qadr:

Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelaianan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda.

Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun.

Senarai soalan dan jawapan
S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah?
J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”.  Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun. Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”.  Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.

S: Benarkah wanita dapat memikat hati dengan masakan yang sedap-sedap?
J: Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Isteri hari ini ramai yang nak cepat saja dan tidak berselawat langsung ketika menyediakan makanan. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.

S: Antara suami dan isteri, siapa yang lebih patut banyak memikat?
J: Pada pandangan peribadi saya, isteri perlu lebih banyak memikat. Isteri perlu lebih mudah memaafkan.

S: Bagaimana untuk memikat hati suami yang suka merajuk?
J: Untuk memujuk selain daripada berdoa, ada beberapa cara – tulis surat cinta (sms pendek sangat). Ambil video keluarga dan pasang semula untuk mengenangkan perkara-perkara yang telah dilalui bersama keluarga.

S: Betulkah ada isteri yang menggunakan sihir untuk memikat suami?
J: Ada tapi perbuatan itu salah. Ada cara lebih mudah yang boleh diamalkan iaitu dengan menggunakan ayat Al-Quran. Contohnya:
  • Baca surah Al-Qadr ketika solat Isyak dan ketika ingin bersama suami
  • Baca surah Al-Inshirah, dan pada ayat ke-4, hembus pada tangan dan usap pada wajah hingga ke belakang. Boleh diulang 3 atau 7x.
  • Baca doa ketika membasuh beras seperti diajar di atas.
S: Betulkah jika suami merajuk, isteri dilaknat oleh malaikat?
J: Apa yang saya difahamkan ialah jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama, maka malaikat akan melaknatnya dari malam hingga ke pagi hari.

S: Wajarkah seorang isteri bekerja mencari rezeki untuk memikat hati suami?
J: Wajar. Rasulullah SAW juga pernah dibantu isterinya yang kaya iaitu Siti Khadijah

May 10, 2016

Assalamualaikum

Assalamualaikum semua..

Marilah kita bersama...Semua serupa. (Lagu Faizal Tahir - Assalamualaikum)

Kita berjumpa semula.. Alhamdulillah masih dapat bersiaran pada hari rabu yang syahdu. Ye banyak yang berlaku sepanjang tahun ini dan lepas. Atty share 1 ajelah arini..haha

Akaun 2015 belum siap audit.. Kami sibuk dengan hal-hal semasa .. auditor busy dengan jadual fieldwork die.


Bos tak happy dan kami stress.

Sekian.. doa yang baik-baik buat saya. Muga dipermudahkan urusan kamu dan juga saya.

February 15, 2015

Happy Besday Yong


Assalamualaikum..

Happy birthday to kakak cantek dan comel. 
Kakak yang sentiase bersame saat susah dan senang. Saat bergumbira dan sedih. Pengorbanan menjaga adik2,terutama aku adik keciknye. Allah saje dapat membalasnye betapa banyak pengorbanannya dalam proses tumbesaranku. Kalau diingat sejak dari sekolah tadika, matrik, uni and even da keje yong yg amek dr skul. The best yang selalu disebut2 aku nangis yong datang lewat kat tadika. Ye ar kan sumer org da balik tinggal sensorang. Hehehe. Time matrik kat kmb yong akan tunggu kat bus stand klang tuk anta aku ke puduraya.samada nk balik kolej or balik kg. ok kak arul pun ade. Bimbang keselamatan aku berjalan dr bustand klang ke puduraya. Walaupun dah bgtaw aku tahu dan hafal da jalan pegi sane. haisshh..mate masuk habuk.. Yong yang aku hantar belanja ketika uni. Kekadang mintak sikit tapi bagi lebih manela aku xsayang ko yong.. Happy birthday just for u. Semuga sentiasa dalam rahmat Allah dan Allah sentiasa menjaga mu. Ceria dan bahagialah sentiasa di dunia dan akhirat..
amin~

February 03, 2015

Selamat Tahun 2015

Assalamualaikum...

Atty doakan rakan-rakan pembaca sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.Lame sangat terhibernisasi, muga kemunculan kali ini menjadi pendorong dan permulaan 2015 . Insyallah muga jari jemari ini lebih rajin untuk mencari idea dan menulis.

Setiap tahun dimulakan dengan muhasabah diri agar memberi fikiran yang lebih positif, fizikal yang mantap dan emosi yang menggembirakan. Sebagai pekerja kene rajin pergi kerja dan selesaikan tugasan, rajin buat kerja rumah dan melayan karenah suami sebagai isteri mithali, sebagai anak dan menantu ingin berbakti kepada kedua ibu-ibu kesayangan dan seterusnya.

Resolusi tahun 2015.


  • Solat sunat lebih, puasa banyak, quran khatam
  • Jana pendapatan sendiri RM5k bersih
  • ada baby comel dan bambam
  • duduk rumah baru 
  • pergi umrah bersama suami dan mak
  • turunkan kilogram lemak badan


Bismillahirahmanirrahim muga segala cabaran dapat di hadapi.




June 26, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum...

Selamat menjalani hari yang bahagia dan berjaya pada hari ini dan hari-hari seterusnya.

Insyallah beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan yang ramadhan al mubarrak. Bulan yang di nanti-nati oleh seluruh umat islam kerana terdapat banyak sangat kerberkatan di dalam bulan ini.

Abu Hurairah  meriwayatkan bahwa Rasulullah saw berkata: “Ramadhan telah datang kepadamu – bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan atas kalian berpuasa. Padanya dibuka pintu-pintu surge dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaithan-syaithan dibelenggu. Milik Allah lah satu malam di dalamnya yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang dihalangi dari kebaikan, maka dia telah ditinggalkan.” (HR Ahmad dan An-Nasa’i). 

Marilah kita mencari sebanyak-banyak pahala, memohon keampunan dari Allah sebanyak yang mungkin, rebut untuk mengadakan masa untuk khatam al-quran, memperbanyakkan zikir dan apa jua kebaikan yang menjadikan ibadah. Teramat penting adalah jaga ibadah puasa. Jaga Telinga, Mata, Hati, Lisan dan Perbuatan agar puasa kita mendapat banyak sangat pahala..


May 21, 2014

Jazakallahu Khairan

Assalamualaikum..

Selamat hari yang  indah dan membahagiakan.

Hari ini nak share tentang salah satu ucapan yang biasa disebut;

Biasanya ucapan ini kita dengar sebagai penghargaan dan sebagai tanda terima kasih kita atas pemberian.

JAZAKALLAHU KHAIRAN جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا ?

JAZAKALLAH means 'may allah reward you'. Thus, Allah can reward with something good or bad.
-KHAIRAN means 'good'.


IF you heard the phrase is said to you, you can reply:
WA IYYA KUM  وَإِيَّاكُم  means 'and to you too'.

April 23, 2014

Hujan Itu Rahmat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah

Setelah sebulan lebih kita merasai musim panas tanpa hujan. Akhirnya hampir setiap petang hujan.
Nikmatnya ya Allah.Ketika hujan alangkah baiknye kita berdoa ye kawan-kawan.



April 04, 2014

Go Natural

Assalamualaikum...Salam Jumaat.

Mari-mari ke arah lebih ke alam semulajadi dan elakkan bahan kimia merbahaya







March 09, 2014

Malaysia Airlines MH370

Assalamualaikum..

Salam sayang buat semua.

Pada 8 Mac 2014, kita dikejutkan dengan perkhabaran kehilangan kapal terbang MH370. Sehingga harini masih belum terdengar ianya dijumpai. Seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia bersedih dan berdoa agar anak kapal dan penumpang bakal ditemui tidak lama lagi, tetapi sebagai manusia takdir Allah mengatasi segalaNya. Dia Maha Mengetahui.


March 05, 2014

05 March 2014 Tuan Habibi Besday

Assalamualaikum..

Apa kaba ye. Harap sumer sihat dan ceria serta dalam lindungan Allah sentiasa.

Sekarang tengah hangat cerita Hanez Suraya bercinta dengan lelaki berstatus suami orang. Macam-macam komen lepas PC tue diadakan semuanya negatif komen untuk Hanez Suraya... Aku pun tak suka cara hanez adalah lebih baik untuk dia berdiam diri sehingga kes penceraian bakal suaminya selesai, tapi dari segi syariat suami tak salah nak berkahwin lebih dari satu (ramai la pompuan hentam aku nati).


Buat Liyana (isteri Romie):
Liyana,
anda telah memfailkan penceraian ke mahkamah.
semestinya Liyana cukup kuat dan cukup bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan perpisahan.
Lebih baik kiranya fokus untuk dapatkan hak anak-anak dari mengemosikan diri dengan kenyataan Hanez. Doakan.
Mereka agar mereka bahagia dan 
Liyana..
Redha atas takdir Allah ini.
Tekanan dari media akan membuatkan Liyana dan anak-anak tertekan dan terus bersedih. 
Cukuplah.
elakkan diri dari memberi kenyataan dimana-mana akhbar. 
Saya dapat rasa pedih dan sedih dan segala rase. 
Insya Allah Die tahu apa yang terbaik buat awak 
dan anak-anak.

Kembali kepada entry sebenar. Birthday tuan Habibi kesayangan, Muga Allah merahmati setiap hembusan nafasmu sayang. Teruslah menjadi suami yang terbaik, anak yang bertanggungjawab, bakal bapa yang beriman kepada anak-anak kita nati. Muga Allah redha. Amin.

Rezeki kita adalah rahsia Allah, muga terus sabar dan berusaha ke arah yang lebih ye.


I love you till Jannah. 

January 25, 2014

Pendakian Kami Ke Puncak Bukit Broga

Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan, lame dah tak hapdet blog ni. Muga pembace blog, para blogwalking semua sihat dan bahagia selalu. Bahagia Membahagiakan macam Prof Muhaya selalu sebut.
 Kebelakangan menyibukkan diri dengan aktiviti yang menyihatkan badan. Bersenam dengan Jillian Micheal, jogging seround dua hasrat nak ke gym memang tak kesampaian maklumlah wanita bekerjaya balik lambat hari-hari.
Malas panjang-panjang citer sebenornye nak citer perihal mendaki bukit Broga. First naik berdua je dengan hubby kali ke 2 dengan kawan-kawan hubby. Kami mula mendaki pukul 9 pagi dan sampai ke puncak pertama lebih kurang 1jam. Maklumlah semuanye beginner dan comel-comelkan. Nafas pun  macam lembu naik minyak. Ade brother yang biase mendaki bukit Broga korang bole sampai puncak dalam 30 minit aje kalau tak banyak berhenti.
Persediaan belum mendaki:

  • Tidur yang cukup
  • Korang akan menguap dan mengantuk kalau tak cukup tidur. Maka korang lebih banyak menguap dari menarik nafas dengan betul. Tidur yang cukup membuatkan kita bangun segar dan lebih bertenaga untuk pendakian.
  • Pakaian Dan Kasut Yang Sesuai
  • Pakailah baju yang selesa dan seeloknye yang menyerap peluh. Kasut yang bertapak memang sangat membantu dalam pendakian Bukit Broga. Lagi bagus pakai kasut hiking. Laluan bukit berbatu dan berpasir. Jangan pakai kasut yang dah lame korang xpenah pakai. Kemungkinan gam dekat tapak kasut dah kering dan tapak kasut terlekang adalah tinggi. Rancang awal dan belilah kasut yang sesuai  ye.Sebab ni berlaku kat kawan aku bila nak turun pakai stokin je.
  • Bekalan Makanan
  • Seeloknye makan sarapan yang ringan sebelum memulakan pendakian. Contohnye minum protein shake, sarapan cereal atau roti sekeping dua dengan mentega. Raselah sekadar rase lapar hilang dan tak kekenyangan macam ular sawa
  • Kecekalan dan keazaman yang Tinggi
  • Sentiasa berfikiran positif sepanjang pendakian anda adalah satu kelebihan sebab tanpa jiwa yang cekal membantutkan hasrat untuk mencapai impian ke puncak. Basahi hati dengan zikirullah dan niatkan untuk beribadah kepada Allah. Untuk basahkan tekak silalah bawak air seeloknye air isotonik kalau air kosong pun tak de masalah.
  • Kemudahan Yang Ada
  • Parking kenderaan tak de masalah cukup luas cume kadar bayaran RM2 kalau nak parking free bole parking tepi jalan. Tandas ade disediakan di kawasan parking kenderaan dengan kadar RM1 per entry. Kekadang ramai yang beratur so sebelum  sampai korang berhentilah dekat stesen minyak dan buanglah segala hajat disana.
  • Post Hiking
  • Ade 1 lagi tips, tak tahulah samada aku jer camni masalah kulit kering, rambut kering walaupun bertudung naik selepas mendaki. Mungkin sebab tak nak minum banyak sangat dlm perjalanan sebab kat puncak tak de toilet ye sayang. So pakailah krim pelembap dan UV cream dan selepas turun minum la air banyak-banyak. Rambut aku lumur dengan minyak zaitun untuk kembalikan kelempaban kalau tak rase macam kering tertarik-tarik sakit kulit pale.
Oklah itu sajelah tips-tipsnye harap dapat membantu untuk first timer. Sekali dah pergi memang berkali-kali nak pergi naik lagi.Usaha penat lelah berbaloi-baloi bile tengok keindahan alam ciptaan Allah. Subnallah cantik dan mendamaikan..
Wslm

November 01, 2013

November Rain

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kita bertemu kembali dengan bulan November,maksudnye ade lebih kurang 2 bulan kita bakal mengakhiri tahun 2013. Tahun baru hijrah juga bakal berakhir 3 hari lagi (hari ini 27 zulhijjah).
marilah kita same-same muhasabah diri dan audit dunia dalaman dan luaran kita. Semuga saya dan kawan-kawan beranjak dari baik kepada yang terbaik. Ingat tujuan hidup kita adalah menuju alam akhirat dan yang mengadili kita adalah Allah.

Hujan-hujan ni pastikan keselamatan anda dan keluarga. Drive berhati-hati ketika hujan elakkan dari kecelakaan. Paling syok hujan-hujan ni adalah cuti dan berguling-guling tido.hehe.

Selamat Menyambut tahun baru hijrah dan Selamat Deepavali bagi yang meraikannya.

Salam sayang.


September 29, 2013

Wake me Up.. Wake Me Up

Wake me Up When September End


"Kita bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang kita selalu fikirkan dan selalu cakapkan itulah yang kita akan dapat"

September 12, 2013

Charcoal Burger Loveats

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Taqaballahu Minna wa Minkum
Semoga anda semua menyambut hari ini dan akan datang dengan lebih gembira dan bahagia. Selepas sebulan berhari raya eidulfitri, beropen house disana sinun, jumpe anak saudara jumpe rakan sebaya dan rakan tak sebaya. Happy kan.

Atty nak kongsi sedikit saat-saat gembira kami menikmati Burger Charcoal  di Loveats,Tanjung Malim, Perak. Jangan ko hengat tanjung malim xde tempat makan yang best. hoccay.

Rasenye inilah first time rase makan roti burger color hitam. Orang kate ala hitam si tampuk manggis sungguhpun hitam tapi manis.. .betul ke idak tu ntah ler..hehe.. Rotinye yang tersendiri lembut di dalam, rangup di luar dan cair dalam mulut.

Sebab kunun-kunun nak diet kan orderlah The Fish Dowry. Kepingan ikan dowry digoreng rangup dilapisi dengan kepingan seaweed dan cheese sirami dengan sos tartar. (Korang bayangkan. Jaga-jaga nati air liur meleleh. Hihihi.. )Memang kombinasi mabeles bersame roti charcoal. Buat pengetahuan anda-anda semua istimewanya patty burger ni di buat sendiri homemade ko. Tahap halal memang terjamin sebab owner melayu islam. Boleh makan tanpa was-was.




Oklah. Menu lain bole tgk  kat gambar bawah ni. Ade jugak untuk kanak-kanak..pendek kate sesuai untuk seisi keluarga.




Kalau order yang set meal, die datang dengan kentang goreng + sos mayo. Nak cerita kentang goreng pun ade resepi istimewa sebab di saluti dengan daun rosemary serta herba itali yang lain dan kentangnye memang rangup. Setakat ni carls jurnior punye kentang memang terbaik ko. untuk kentang loveats aku rase yang terbaik di perak. Kalau korang rase kelaparan tahap naga bole tambah patty burger, bole add cheese dan telur jugak. 






Pendek kate aku memang puas hati makan kat sini. Harga amat berpatutan dengan makanan yang super sedap itu. Lokasi nye deretan kedai di belakang UPSI  yang dekat tanjung malim. Bole tengok page facebook LOVEATS untuk menjawab persoalan yang bermain difikiran.

https://www.facebook.com/LoveatsKitchen

Wassalam.

August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum...

Dikeheningan malam syawal yg ke 6. Aku ucapkan selamat menyambut lebaran 2013..ampun maaf atas kekhilfan yg sengaja atau xdisengajakan.Ampun ye... Tahun ni cuti di awal balik umah mil di johor.

July 10, 2013

Doa Menghilangkan Mengantuk

Assalamualikum…

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.
Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belaja.
Potongan ayat tersebut berbunyi

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membacaAyat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

June 12, 2013

Jus Buah & Khasiatnye


Sekadar perkongsian...

Jus-jus buah berguna
Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.
Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
Tomato + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.


Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.
Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.
Pear + Banana - mengawal kandungan gula.
Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.
Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.
Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.
Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit





Raw smoothies

Sekadar perkongsian...

Jus-jus buah berguna

Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.

Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

Tomato + + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.

Pear + Banana - mengawal kandungan gula.

Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.

Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Sumber: Emel sahabat

May 30, 2013

Wudhu'



Wudhu' @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
 
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

 

Sembahyang-sembahyang sunat.
Thawaf di Baitullah.
Menyembahyangkan mayat.
Sujud tilawah atau sujud syukur.
Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.




 
Syarat-syarat Wudhu'
 
Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

 

Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.





Rukun-rukun wudhu'

 
Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

 

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAHBERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG



 
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
 





"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

 

NIAT & BASUH SELURUH MUKADARI TELINGA KIRI-KANAN





2. MEMBASUH MUKA
, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

 

HUJUNG JARI HINGGA SIKUMULAKAN TANGAN KANAN/KIRI





3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU
, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

 

MENYAPU AIR KE KEPALAMENCUCI KEDUA TELINGA





4. MENYAPU AIR KE KEPALA
, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
 

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKIMULAKAN KAKI KANAN/KIRI


 



5. MEMBASUH KEDUA KAKI
, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
 
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
 
Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'




 
Sunat-sunat wudhu'
 
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-

 

Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.




 
Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-

 

Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
Murtad.




 
Perkara yang sunat untuk berwudhu'.

 

Sehabis keluar darah dari hidung.
Sesudah mengantuk.
Hendak berjalan jauh.
Sehabis ketawa berbahak-bahak.
Ragu-ragu dalam berwudhu'.
Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
Ziarah ke kubur.
Memegang atau memikul mayat.
Jika dalam keadaan marah.

Sumber

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati :


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" 

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini" 

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini" 

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu" 

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" 

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti" 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa2 aku"