Followers

October 28, 2011

Balik Kampung

hello sayang sayang sumer....

atty menanti sang hubby pulang dari kerjaan...packing-packing mau pulang ke kampung  @ Yong Peng..

my mak syg
beberapa ari yang lepas bday mil xtaw nak bagi ape yer. teringin nak buatkan tuk mak blueberry cheese cake. b4 balik ajak s.i pegi jusco dulu beli bahan. diri sendiri pon suker makan blueberry cheese cake.peberet. 

tapi my mil pon cam taw2 je peberet sy. mase majlis bertandang kat johor  suprise mase seisi potong kek tu is wahhhh kek blueberry..hahaha...sayang mak muaaahhsss... kongsi resepi dulu da siap nati atty upload picture nye yer..

NON BAKE CHEESE CAKE

Bahan-bahan
300gm cream cheese (suhu bilik)
100gm gula halus
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar gelatine halal -larutkan dalam 50ml air panas-sejukkan
300gm heavy cream/ whipping cream
1/2 sudu teh esen vanila

Topping
strawberry/blueberry filling

Crust:-
300gm biskut-kisar - (boleh ikut suke biskut marie pun boleh, akak beli biskut oreo yang dah di kisar)
60gm butter-cairkan


Cara-cara
1. Mula-mula, campurkan sahaja bahan Crust bagi sebati dengan butter cair dan tekan dalam loyang or mangkuk kaca. Masukkan dalam peti ais.

2. Pukul dengan mixer cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati.

3. Dalam mangkuk lain, pukul heavy cream dengan esen vanila hingga kental. Masukkan larutan gelatine tadi dan ratakan. Kemudian, campurkan dengan adunan cream cheese tadi. Guna senduk untuk gaul rata(lepas tu akak pukul dengan mixer sekejap bagi adunan serata dan halus). Tuang atas lapisan biskut tadi. Masukkan dalam peti ais semalaman. Esok letak filling kat atasnya. 





Sedapppp… lemak berkrim…. Selamat mencuba …(kawan yg bagi resepi comment hihi...chsiyokk)


October 18, 2011

October 16, 2011

Tips Mudah Hamil

Tips nie  dari Dr Raja Juhaidah 

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

October 11, 2011

Pertunangan seorang sahabat

Sabtu yang lalu atty bersame s.i (panggilan untuk hubby) pegi majlis pertunangan sahabat atty. sahabat baik susah senang time uni pai sekarang masih hua hua bersame... s.i faham peel aku suker lepak ngan kekawan even da kawen.

majlis nyer buat di Felda Bukit Kepayang, Pahang so ani ade bagitau kene lalu bandar Temerloh walaupun telah di terangkan oleh ani asenyer khidmat GpS garmin amatlah membantu. 

Kami bergerak dari umah kui 0930 pagi Dari 56 km cehhh budget cam dekat...(atty kate kat s.i dekat jer lagi dekat dari lik kg tg malim jer)

Rupe-rupenye 56 km tue baru simpang nak masuk Lebuhraya Pantai Timur.hahaha ;p

Perjalanan lebih kurang 197km...dalam kui 1.30 ptg kami sampai di rumah pengantin.


                                     iklan  gg

Lepas majlis sumer selamat kami berangkat ke temerloh bandar ikan patin. Tido di Hotel Greenpark. 

atty: ade bilik available lagi?
boy: ade...itu bilik xde tingkap 
atty: xde tingkap gelap la bilik kite b
s.i: kan ade lampu..pasang lampu
boy: aah..betul2..ade lampu & aircond.

terbayang bilik cam penjara. scary kut. Alhamdullilah xde yang aneh berlaku.huhu.

Sebelum balik kami sempat mentekedarah ikan patin masak tempoyak..tercari2 kedai pak usop yang dikatekan diva ikan patin. xjumpe. tapi xkesah la asal dapat ase ikan patin orang Temerloh. kami makan t.ari di kedai kak nur gerai sebelah bas station.









October 09, 2011

Tips Meningkatkan Peluang Untuk Hamil





Pesanan Dato' Dr. Hamid Arshat : Untuk meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil, tiga perkara penting perlu dipatuhi. 
1. Kawal pemakanan - kurang gula dan karbohidrat, elakkan fast/processed foods 
2. Relax, atasi stress, buat exercise, baca Quran dan zikir 
3. Jauhkan diri daripada toksin seperti spray, lotion , shampoo, detergen dan lain-lain



October 06, 2011

Senaman Kempiskan Perot

Salams....dah lame xupdate blog nie.

Perkembangan progress program penurunan berat badan masih statik. Aishh xberkurang sekilo pon. Memang patut pun orang kate usaha tangga kejayaan. Makan masih macam biase senam pun tadak. Jangan merase la nak kurus khenn

Maka, bagi menjadikan ia realiti aku ajak hubby pegi beli vcd JM kat speedy video @Jusco. Rase-rase dah seminggu beli, malam tadi baru terase nak ber 6pax menambahkan semangatnye adalah kerana aku baru sambar yoga mat kat carrefour. kalu xsemangat jugak xtaw la.

Buat dalam 30 minit aku ikut mane aku ase leh buat..tersemput nafas..huhuhu...as beginner aku fail nak abeskan sumer terus wat warming down sendiri padahal JM ade warming kalau tunggu ke hujung video tue.

Harap harini leh abeskan dengan jayanya. Makanan aku mengamalkan kiraan kalori. Insyallah akan di update secara berkala. Chaiyokkk attyo.