Followers

November 01, 2013

November Rain

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kita bertemu kembali dengan bulan November,maksudnye ade lebih kurang 2 bulan kita bakal mengakhiri tahun 2013. Tahun baru hijrah juga bakal berakhir 3 hari lagi (hari ini 27 zulhijjah).
marilah kita same-same muhasabah diri dan audit dunia dalaman dan luaran kita. Semuga saya dan kawan-kawan beranjak dari baik kepada yang terbaik. Ingat tujuan hidup kita adalah menuju alam akhirat dan yang mengadili kita adalah Allah.

Hujan-hujan ni pastikan keselamatan anda dan keluarga. Drive berhati-hati ketika hujan elakkan dari kecelakaan. Paling syok hujan-hujan ni adalah cuti dan berguling-guling tido.hehe.

Selamat Menyambut tahun baru hijrah dan Selamat Deepavali bagi yang meraikannya.

Salam sayang.


September 29, 2013

Wake me Up.. Wake Me Up

Wake me Up When September End


"Kita bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang kita selalu fikirkan dan selalu cakapkan itulah yang kita akan dapat"

September 12, 2013

Charcoal Burger Loveats

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Taqaballahu Minna wa Minkum
Semoga anda semua menyambut hari ini dan akan datang dengan lebih gembira dan bahagia. Selepas sebulan berhari raya eidulfitri, beropen house disana sinun, jumpe anak saudara jumpe rakan sebaya dan rakan tak sebaya. Happy kan.

Atty nak kongsi sedikit saat-saat gembira kami menikmati Burger Charcoal  di Loveats,Tanjung Malim, Perak. Jangan ko hengat tanjung malim xde tempat makan yang best. hoccay.

Rasenye inilah first time rase makan roti burger color hitam. Orang kate ala hitam si tampuk manggis sungguhpun hitam tapi manis.. .betul ke idak tu ntah ler..hehe.. Rotinye yang tersendiri lembut di dalam, rangup di luar dan cair dalam mulut.

Sebab kunun-kunun nak diet kan orderlah The Fish Dowry. Kepingan ikan dowry digoreng rangup dilapisi dengan kepingan seaweed dan cheese sirami dengan sos tartar. (Korang bayangkan. Jaga-jaga nati air liur meleleh. Hihihi.. )Memang kombinasi mabeles bersame roti charcoal. Buat pengetahuan anda-anda semua istimewanya patty burger ni di buat sendiri homemade ko. Tahap halal memang terjamin sebab owner melayu islam. Boleh makan tanpa was-was.




Oklah. Menu lain bole tgk  kat gambar bawah ni. Ade jugak untuk kanak-kanak..pendek kate sesuai untuk seisi keluarga.




Kalau order yang set meal, die datang dengan kentang goreng + sos mayo. Nak cerita kentang goreng pun ade resepi istimewa sebab di saluti dengan daun rosemary serta herba itali yang lain dan kentangnye memang rangup. Setakat ni carls jurnior punye kentang memang terbaik ko. untuk kentang loveats aku rase yang terbaik di perak. Kalau korang rase kelaparan tahap naga bole tambah patty burger, bole add cheese dan telur jugak. 






Pendek kate aku memang puas hati makan kat sini. Harga amat berpatutan dengan makanan yang super sedap itu. Lokasi nye deretan kedai di belakang UPSI  yang dekat tanjung malim. Bole tengok page facebook LOVEATS untuk menjawab persoalan yang bermain difikiran.

https://www.facebook.com/LoveatsKitchen

Wassalam.

August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum...

Dikeheningan malam syawal yg ke 6. Aku ucapkan selamat menyambut lebaran 2013..ampun maaf atas kekhilfan yg sengaja atau xdisengajakan.Ampun ye... Tahun ni cuti di awal balik umah mil di johor.

July 10, 2013

Doa Menghilangkan Mengantuk

Assalamualikum…

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.
Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belaja.
Potongan ayat tersebut berbunyi

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membacaAyat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

June 12, 2013

Jus Buah & Khasiatnye


Sekadar perkongsian...

Jus-jus buah berguna
Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.
Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
Tomato + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.


Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.
Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.
Pear + Banana - mengawal kandungan gula.
Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.
Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.
Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.
Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit





Raw smoothies

Sekadar perkongsian...

Jus-jus buah berguna

Carrot + Ginger + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem badan.

Epal + Timun + Celery - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

Tomato + + Carrot Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

Orange + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit.

Pear + Banana - mengawal kandungan gula.

Carrot + Epal + Pear + Mangga - haba badan yang jelas, lawan keracunan, penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.

Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Sumber: Emel sahabat

May 30, 2013

Wudhu'



Wudhu' @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
 
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwudhu' (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwudhu' adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

 

Sembahyang-sembahyang sunat.
Thawaf di Baitullah.
Menyembahyangkan mayat.
Sujud tilawah atau sujud syukur.
Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.




 
Syarat-syarat Wudhu'
 
Syarat sah wudhu' itu ada enam:-

 

Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu')
Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatu di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.





Rukun-rukun wudhu'

 
Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

 

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAHBERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG



 
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
 





"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

 

NIAT & BASUH SELURUH MUKADARI TELINGA KIRI-KANAN





2. MEMBASUH MUKA
, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

 

HUJUNG JARI HINGGA SIKUMULAKAN TANGAN KANAN/KIRI





3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU
, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

 

MENYAPU AIR KE KEPALAMENCUCI KEDUA TELINGA





4. MENYAPU AIR KE KEPALA
, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
 

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKIMULAKAN KAKI KANAN/KIRI


 



5. MEMBASUH KEDUA KAKI
, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
 
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
 
Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'




 
Sunat-sunat wudhu'
 
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu':-

 

Menghadap ke arah Kiblat.
Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.




 
Perkara yang membatalkan wudhu'.
Enam perkara membatalkan wudhu':-

 

Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
Murtad.




 
Perkara yang sunat untuk berwudhu'.

 

Sehabis keluar darah dari hidung.
Sesudah mengantuk.
Hendak berjalan jauh.
Sehabis ketawa berbahak-bahak.
Ragu-ragu dalam berwudhu'.
Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
Ziarah ke kubur.
Memegang atau memikul mayat.
Jika dalam keadaan marah.

Sumber

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati :


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" 

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini" 

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini" 

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu" 

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" 

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqim nanti" 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunkanlah dosa2 aku"