Followers

December 18, 2012

Waktu-waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum...

Diatas IzinNya dan RahmatNya,  Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

" Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah ( Allah ) memperbaikinya dan berdo'alah kepadaNya dengan rasa takut ( tidak akan di terima ) dan harapan ( akan dikabulkan ). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik ". 
QS Al A'raaf : 54 - 56 )

Dari Jabir, ia berkata; " Saya mendengar RasulAllah saw bersabda, Sesungguhnya pada malam hari terdapat satu saat yg mana pd saat itu tiada seorang muslim yg memohon kpd Allah akan kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memakbulkan padanya. Dan satu saat yg di maksudkan itu ada di setiap malam. " ( HR At Tirmidzi )...

Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu darda’ berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fithri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.

Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;
Dari Ibn Umar beliau berkata:  Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).

Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

Wallahu'alam.

December 13, 2012

I wont Give Up

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Hari Jumaat tentunye hari-hari yang ditunggu bagi setiap umat dalam dunia ni. Hari ni buat pahala ganjarannyer berganda. Penghulu segala hari bagi umat islam. Bagi mereka yang bekerja 5 hari seminggu esok boleh bersanta bersama keluarga atau qada tidur.. hehe..

Namun hari jumaat hari ni sangat haru untuk atty.. korang terharu la same..hehe.. Insurance claim atty submit sebab ectopic pregnancy & tunggu berbulan-bulan lamenye di rejek.. Normal untuk berperasaan kecewa apabila di rejek & lebih mengecewakan adalah kerana   masalah teknikal.
Frust menonggeng huh~ (xde rezeki okeh la)

Sebab;
- masalah akaun penah lapse & within 1 year tak bole claim (for MCIS Lady Care)
- masalah lapse pulak sebab agen not properly submit kat pihak insurance and not properly advise atty

Peringatan untuk semua: even you have an agent u need to learn about protection you subcribe & monitor your own premium paid & claim u made.

So arini gua layan lagu Jason Mraz....:(

p/s - "M.C.I.S "= Mati Cepat Isteri Senang


December 12, 2012

Its My Birthday

Assalamualaikum & Salams sejahtera...
Ya it's my bithday on December 6, as uols knows cake is signifikan on the birthday celebration.
But dunno why this year i'm trying to avoid cake. Oh Cake no no..
Malu la dah tua-tua potong cake & blow up candle kan.
My hubby can understand me, i dun want him wasted money. For makan2 & lalala nanana...mor3 than enough redi...hahaha...love you hubby..
Trying to avoid from collaque end up take leave but after still rezeki cake was there.Alhamdulillah..tenks to oul of u & yuu.

September 23, 2012

Inspiring

The more grateful we are at every moment of our life for every small joy that Allah gives us, the more things to be grateful will be coming to us. 

He giving me husband to be love
Parents to take care
Family that always be there when i needed
Friend are surround
Life with beautiful day everyday 


Thank you Allah.


p/s: Thank you hubby made me a yummy breakfast today. The Egg Mayo Sandwich.

September 11, 2012

Rabu Membebel

Assalamualaikum..

Hai kawan nama saya atty ( cam citer upin ipin)

Aku berjaya membeli folic acid di Guardian. Harga 9 kupang sepapan atau pun RM0.90 sepapan
ade 10 biji. Makanya,sebulan cuma perlu 3 papan jer. kos folic acid sebulan RM 2.70. Anda juga mampu. Percayalah.

Kalau nak free pun bole..uols pegi klinik kesihatan tapi semata-mata nak vitamin ni nak pegi klinik kesihatan kerajaan memerlukan banyak pengorbanan ye kawan-kawan. nak cuti 1 hal, nak pegi 1 hal, nak tunggu no 1 hal.



September 10, 2012

Menyediakan Diri Anda Untuk Kehamilan Yang Sihat




Adakah anda dan pasangan anda akhirnya membuat keputusan untuk menimang cahaya mata? Anda patut merancang kehamilan dan mengambil langkah-langkah yang betul sebelum mengandung untuk memastikan kehamilan yang sihat, dan mengurangkan risiko dan komplikasi kehamilan.
Menyediakan Diri Anda Untuk Kehamilan Yang Sihat

Jangan mengambil risiko

Sebelum anda membuat keputusan untuk mengandung, pertimbangkan faktorfaktor risiko berikut, yang boleh menyebabkan komplikasi semasa kehamilan dan kelahiran:
  • Merokok meningkatkan risiko keguguran, pendarahan, berat badan lahir rendah, kelahiran pramatang, sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS), dan kelahiran mati.
  • Alkohol menyebabkan sindrom alkohol janin, tandatandanya termasuk berat badan lahir rendah, dan kecacatan kelahiran seperti kegagalan fungsi jantung, tulang, buah pinggang, telinga dan mata.
  • Kafein menjejaskan kadar denyutan jantung fetus yang sedang berkembang dan waktu tidur-bangunnya (pertumbuhan berlaku semasa fetus tidur).
  • Pemakanan yang kurang baik. Pemakanan yang baik adalah sangat penting untuk perkembangan fetus. Asid folik adalah penting kerana kekurangan jenis vitamin B ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, seperti kecacatan pada tiub neural. Kecacatan pada tiub neural termasuk spina bifida iaitu di mana tulang belakang bayi tidak terbentuk dengan betul, serta bahagian atas tengkorak dan otak gagal terbentuk dengan sempurna.
  • Umur. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas mengalami risiko tinggi untuk masalah perubatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes semasa hamil, ketidakabnormalan kromosom pada janin, dan kelahiran mati.
  • Berat badan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes menghadapi risiko yang tinggi untuk melahirkan bayi yang besar, dan menyukarkan kelahiran. Mereka juga mungkin mengalami diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi dan praeklampsia. Walau bagaimanapun, perempuan yang kekurangan berat badan adalah lebih cenderung untuk melahirkan bayi yang juga kekurangan berat badan.

Jangkitan yang boleh membahayakan bayi anda

Jangkitan tertentu boleh membahayakan anda dan bayi anda semasa kehamilan, oleh itu pastikan vaksinasi yang anda terima adalah yang terkini. Vaksinasi membantu melindungi tubuh anda daripada jangkitan, dan anda boleh memberi perlindungan ini kepada bayi anda. Ini akan membantu memastikan keselamatan bayi anda pada beberapa bulan yang pertama selepas dilahirkan sehingga dia mendapatkan vaksinasi untuk dirinya.
Kebanyakan vaksinasi adalah tidak selamat untuk diambil semasa kehamilan, sebaliknya vaksin harus diambil sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk mengandung. Ini termasuk:
Selsema
Melindungi anda dan bayi anda daripada selsema bermusim dan H1N1. Mengalami selsema semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti radang paru-paru.
HPV (human papillomavirus)
Melindungi daripada jenis-jenis HPV yang juga boleh menyebabkan perubahan dalam pangkal rahim dan kebanyakan kanser pangkal rahim.
MMR (demam campak, beguk, rubella)
Melindungi daripada demam campak, satu penyakit serius yang menyebabkan ruam, batuk dan demam. Ia juga boleh menyebabkan cirit-birit, jangkitan telinga, radang paru-paru, kerosakan otak, dan juga kematian dalam kes yang padah! Jangkitan demam campak semasa kehamilan boleh menyebabkan keguguran.
Tdap (tetanus, difteria, pertusis)
Mencegah pertusis, yang mudah merebak dan amat berbahaya kepada bayi.
Varicella (cacar air)
Menghidapi cacar air semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi anda.

Memastikan kehamilan yang sihat, melindungi anak anda

Penjagaan anak anda bermula sebelum dia dilahirkan. Perubahan tabiat gaya hidup anda akan membantu memastikan kehamilan yang sihat. Contohnya berhenti merokok, serta mengurangkan atau menghentikan pengambilan kafein. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan untuk memastikan anda sesuai dan sihat untuk mengandung.
Pemakanan yang baik adalah penting. Diet yang seimbang dan pelbagai adalah perlu untuk perkembangan bayi anda. Pengambilan vitamin yang penting seperti asid folik, adalah diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub neural dan saraf tunjang. Berat badan yang berlebihan dan obes boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami komplikasi semasa kehamilan dan kelahiran. Justeru itu, senaman yang sederhana dapat membantu mencegah pertambahan berat badan yang berlebihan dan juga mengekalkan kecergasan anda. Berenang, berjalan kaki dan yoga adalah antara senaman kegemaran di kalangan wanita mengandung.
Akhir sekali, anda dinasihatkan supaya kerap berjumpa dengan doktor semasa anda mengandung. Pemantauan yang berkala akan membantu memastikan kehamilan dan bayi yang sihat!

Penjagaan bayi bermula sebelum ia dilahirkan!
Oleh Dr H Krishna Kumar, Pakar Perunding & Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi dan Presiden Persatuan Obstetrikal & Ginekologikal Malaysia

September 01, 2012

Misi Suku ke 4 2012

Walaupun mungkin ade beberapa 4 bulan lagi. misi jangka pendek perlu dilaksanakan. Dengan izin Allah


  • Perbaiki atap rumah.
  • Belajar menjahit  dengan kak suri 
  • Beli mesin jahit (singer brand)
  • Buat Langsir rumah sendiri
  • Turun kan berat badan ke 55 kg
  • Try to conceive
Muga saya berjaya..amin..

August 29, 2012

Erti Kemerdekaan

Kita mencari hanya yang tulen dan jati

sekadar hidup mengerti dan berbudi

dan bumi akan subur, makmur dan mewah


jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama


tanah air memberi banyak


mesra mendakap kita


kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti


dan dalam alaf baru


semangat kita wajar padu berjalan kita


atas nama tanah air dan bangsa


bangga kerana merdeka


megah kerana bahagia.


S.N. A. Samad Said

August 13, 2012

Doa berbuka Puasa, Selepas berbuka


Memandangkan kita di bulan Ramadhan, kami ingin berkongsi dengan pembaca doa berbuka puasa dan selepas berbuka untuk diamalkan bersama. Kalau boleh hafallah doa berbuka puasa ini. Doanya cukup mudah untuk dihafal. Kalau ada anak kecil latihlah mereka menghafal doa ini seawal usia muda mereka.
Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Selepas selesai berbuka puasa, bacalah doa seperti berikut:
Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :
“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.
Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.
Doa Sahur Sebelum Sahur

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ya Allah engkau-berkatilah untuk-ku, didalam apa-saja-yang engkau-telah-merezekikan-ku, dan engkau-hindarkanlah-dari-ku azab sang-neraka.

sumber: Islam Itu Indah


August 07, 2012

Maybe I m not FINE


No one is mine
May be Im not fine,

No one cares 4 me
No one has tears 4 me,

If I ever cry
No one wil even ask why?

and If I ever die
No one will cry,

No one says take care
Everyone says I dont care,

No one is mine
Maybe I m not fine. .. :-O  

 |by aziyan shazlinda l

March 26, 2012

Bile Rase Gembira Makan Ketam

as Sslam rakan-rakan sekalian...muga dibawah rahmat Allah hendaknya

ini entri saje nak bagi leleh air liur...hari ni atty makan ketam...atty da selamat berpantang selama 40 hari selepas pembedahan lapasotomy ruptured ectopic pregnancy. xde kesempatan lagi nak buat entry.insyallah next post ok.
hari ketam ni secara xsengaja bagi meraikan asben actually die da selamat submit application mof bagi syarikat. setelah seminggu die work on it.alhamdulillah arini pegi ecommercedotcom da setel sumer arini. time balik dari keje singgah kat kedai runcit berdekatan umah.  asben nampak ketam besar kat barang2 basah die pun"yang~.. tolong masakkan ketam masak lemak cili api ,kalau epi ase nak makan ketam". chettt..

'bole..bagi sayang makan dulu lik nati syg masak kan ketam'  

asben belanja makan kat kedai makan. atty order keteow sup- dik jgn buh cili ek. 

balik umah pas mandi.terus masuk dapur masak nasik n masak ketam. xdan dah pantang. rase  kuah jer 5 sudu. time nak hidang tuk asben makan.memula amek sepinggan jer. mane leh tahan tengok jer..hahaha aku amek pinggan makan sekali, harap2 xgatal la luka perot ni.

-picture xdan nak hamek da licin. 3 ekor ketam besar size XL..bayangkan je lah- :p

March 15, 2012

Life to short to feel sad


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman 
kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita. 

February 17, 2012

Doa buat encik suami



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.

Pelbagai Cerita - Part 1

Assalamualaikum...

Ape kabo rakan-rakan blogger? Dah lame sy tak hapdet blog nie. Terima kasih atas kunjungan saudara mahupun saudari yang menyinggah di sini.singgah share link.singgah tengok2 n bace2. Timekasih daun keladi. ape la nak terima kasih kat daun keladi nati nek miang.   terima kasiiiih * aleycat*

Mesti ade cerita barukan, cerita pasal diet ni. atty skang minum herbalife start now pack  bermula 04.01.2012.
Cara amek herbalife yang berkesan untuk menurunkan berat badan amek ketika sarapan pagi. Campurkan 2 sudu F1+1 sudu F3 selalunya atty campur dgn 200ml air soya + 150ml air sejuk. Shake ye kawan-kawan. Shake tumbler tu pun boleh buat senaman tangan taw.

Makan tengahari mcm biase dan makan malam kurang-kurangkan amaunnye. Semalam atty timbang berat ade perubahan da turun 2kg. Selamat tinggal angka 70's. Alhamdulillah...

Kemudian atty berulang alik ke kampung MIL. Memandangkan adik hubby - ajib masuk wad sebab kecederaan dalaman.Telah melalui proses pembedahan,masalahnyer luka nye terlalu besar, so amek mase nak sembuh. Kesian mak mentua..Susah hati die. Dah la anak nye tu nak kawen dalam mase terdekat pertengahan bulan mac. Macam2 persiapan nak di buat lagi kalau bole biar la majlis berlangsung sebaik & dirancang dengan baik.

Setelah di perbincangkan tarikh perkahwinan ajib di tunda ke satu tarikh lain sebab masih unfit untuk proses kawen nyer. Jangan risau la dik..Akak doakan jodoh kamu perpanjangan hingga ke syurga.

(p