Followers

February 17, 2012

Doa buat encik suami



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.

Pelbagai Cerita - Part 1

Assalamualaikum...

Ape kabo rakan-rakan blogger? Dah lame sy tak hapdet blog nie. Terima kasih atas kunjungan saudara mahupun saudari yang menyinggah di sini.singgah share link.singgah tengok2 n bace2. Timekasih daun keladi. ape la nak terima kasih kat daun keladi nati nek miang.   terima kasiiiih * aleycat*

Mesti ade cerita barukan, cerita pasal diet ni. atty skang minum herbalife start now pack  bermula 04.01.2012.
Cara amek herbalife yang berkesan untuk menurunkan berat badan amek ketika sarapan pagi. Campurkan 2 sudu F1+1 sudu F3 selalunya atty campur dgn 200ml air soya + 150ml air sejuk. Shake ye kawan-kawan. Shake tumbler tu pun boleh buat senaman tangan taw.

Makan tengahari mcm biase dan makan malam kurang-kurangkan amaunnye. Semalam atty timbang berat ade perubahan da turun 2kg. Selamat tinggal angka 70's. Alhamdulillah...

Kemudian atty berulang alik ke kampung MIL. Memandangkan adik hubby - ajib masuk wad sebab kecederaan dalaman.Telah melalui proses pembedahan,masalahnyer luka nye terlalu besar, so amek mase nak sembuh. Kesian mak mentua..Susah hati die. Dah la anak nye tu nak kawen dalam mase terdekat pertengahan bulan mac. Macam2 persiapan nak di buat lagi kalau bole biar la majlis berlangsung sebaik & dirancang dengan baik.

Setelah di perbincangkan tarikh perkahwinan ajib di tunda ke satu tarikh lain sebab masih unfit untuk proses kawen nyer. Jangan risau la dik..Akak doakan jodoh kamu perpanjangan hingga ke syurga.

(p